Home Gaya Hidup Pelancongan Pembukaan sempadan negara legakan penggiat industri pelancongan
Pelancongan

Pembukaan sempadan negara legakan penggiat industri pelancongan

9 MAC 2022 – Pengumuman Perdana Menteri berhubung pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022, selaras dengan situasi negara yang akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ disambut baik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC menyifatkan ia sebagai satu berita gembira buat penggiat industri pelancongan kerana ia dapat memberi kelegaan dan sinar buat mereka dalam menjana semula ekonomi melalui sektor pelancongan antarabangsa setelah dunia dilanda pandemik COVID-19 sejak dua tahun yang lalu, menyebabkan pintu sempadan negara ditutup kepada pelancong luar.

“Keputusan pembukaan sempadan negara kepada pelancong luar ini berupaya merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19, terutama yang melibatkan keseluruhan rantaian pemain industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini. MOTAC kekal optimis industri ini akan kembali bangkit dan berupaya menjadikan Malaysia kembali popular dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Adalah dinasihatkan agar seluruh penggiat industri pelancongan dan kebudayaan untuk melakukan persediaan awal dalam menerima kemasukan pelancong dari luar. Pemain-pemain industri diseru untuk terus mempergiatkan promosi serta lebih kreatif dalam memasarkan produk dan lokasi pelancongan Malaysia di mata dunia.” kata Menteri MOTAC, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Tambah MOTAC, pengumuman yang dibuat adalah melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

ii. Rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi Traveller dalam MySejahtera.

iii. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Walau bagaimanapun, bagi status vaksinasi lain seperti tidak menerima vaksin atas sebab perubatan dan tidak menerima sebarang vaksinasi, akan diperincikan prosedurnya oleh Menteri Kesihatan; serta

iv. Bagi negara yang masih menutup pintu sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terbabit.

Foto kredit UKK MOTAC

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

HighlightsMY LNAPelancongan

Tourism Malaysia Promosi Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun Di Laman Malaysia.Travel

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,...

Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

MOTAC Rai Ketibaan Pelancong Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

SEPANG, 22 Januari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meraikan...