Alam Sekitar @ MY LNA

TPS Seelong tingkatkan kelestrian alam sekitar negeri Johor

467

JOHOR BAHRU, 24 Februari 2022 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican telah mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari (TPS) Seelong, Mukim Kulai, Johor Bahru bagi melihat pengoperasian tapak yang berkeluasan 266.274 ekar yang merangkumi 13 buah sel pelupusan sisa pepejal.

TPS Seelong yang merupakan tapak pelupusan terbesar di Negeri Johor berupaya menguruskan sebanyak 1250-1700 tan sisa pepejal sehari yang dijana dari kawasan sekitar selatan Johor. Ia telah beroperasi sejak tahun 2003.

“Sepanjang pengoperasian TPS Seelong, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM 125.1 juta bagi kos pembinaan sel 1 sehingga sel 6. Sebanyak RM 15.35 juta dibelanjakan bagi kos perolehan sebahagian lot tanah tapak berkenaan bagi membantu Kerajaan Negeri Johor membangunkan TPS Seelong.

Sehingga kini, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan sejumlah RM 60 juta bagi menampung kos peruntukan pembangunan (Capital Expenditure [CAPEX]) pembinaan Sel 7 dan Sel 8.” kata Reezal Merican dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Tambah beliau, sebaik sahaja perjanjian konsesi yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Johor dan SWM Environment selama 21 tahun ini tamat pada tahun 2024, Kerajaan Persekutuan komited untuk mengambil alih fasiliti ini. Kerajaan turut merancang untuk membina sebuah fasiliti rawatan sisa pepejal berteknologi tinggi dan mampan bagi memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri Johor.

Secara umumnya, terdapat sebanyak 137 buah tapak pelupusan di seluruh Malaysia di mana 31 daripadanya adalah tapak pelupusan sanitari dan baki 106 buah tapak lagi adalah pelupusan bukan sanitari (dumpsite). Pada masa ini, terdapat sebanyak lapan (8) buah tapak pelupusan dan satu (1) stesen pemindahan yang berupaya menguruskan sekitar 3,350 tan/sehari sisa yang dijana di seluruh negeri Johor.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Kutipan Sisa Pepejal Meningkat 3,600 Tan Metrik Pada Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora)...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang...