COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Kes baharu sebanyak 28,825

124

20 Februari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Februari 2022 adalah seperti berikut :\

  • Kes sembuh: 18,514 kes [2,919,196 kes kumulatif (91.4%)];
  • Kes baharu : 28,825 (3,194,848 kes kumulatif);
  • Kes import : 91 kes [47  warganegara (51.6%); 44 bukan warganegara (48.4%)];
  • Kes tempatan : 28,734 kes [28,071 warganegara (97.7%); 663 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 238 kes (97 kes disahkan COVID-19; 141 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (57 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes    dalam siasatan).

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 28,825 kes harian yang dilaporkan pada 19 Februari 2022, 95 kes (0.33 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 28,730 kes (99.67 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes adalah seperti berikut :

  • Kategori 1 : 8,412 kes (29.18%);
  • Kategori 2 : 20,318 kes (70.49%);
  • Kategori 3 : 59 kes (0.20%);
  • Kategori 4 : 22 kes (0.08%); dan
  • Kategori 5 : 14 kes (0.05%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Februari 2022:

  • 28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 49 kes (51.58%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 18 kes (18.95%) telah menerima dos penggalak;
  • 41 kes (43.16%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 48kes (50.53%) mempunyai komorbid;
  • Tiada kes ibu mengandung; dan

Dilaporkan 9 kes (0.03% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 4 kes (0.013% daripada keseluruhan 28,825 kes) kes brought-in-dead (BID).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...