PUTRAJAYA, 3 Februari 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengorak langkah dengan menjalin kerjasama lebih erat dengan Singapura khususnya dalam bidang pendidikan teknologi dan kreatif.
Persefahaman kerjasama dua hala itu dicapai hasil perbincangan menerusi kunjungan hormat Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Putrajaya semalam.
Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Bangunan KPLB.
Selain bertukar pandangan dalam hal pembangunan sosial, turut disentuh Masagos dan delegasinya ialah rancangan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi faedah dua hala terutama kepada masyarakat di luar bandar.
Masagos Zulkifli yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri eko dan agro pelancongan serta pelancongan kesihatan.
Beliau berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula semalam.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang terjalin sejak 59 tahun yang lalu.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment