2 FEBRUARI 2022 – Tema sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia pada tahun 2022 adalah Wetlands Action for People and Nature. Pada 2 Februari setiap tahun, Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetlands Day) telah disambut untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara kawasan tanah lembab. Ia sebagai memperingati tarikh penubuhan Konvensyen Ramsar di mana Malaysia telah menyertainya pada 10 Mac 1995.
Tema ini mengetengahkan kepentingan pelaksanaan tindakan-tindakan bagi meningkatkan usaha pemuliharaan dan penggunaan tanah lembap secara mampan agar kemandirian ekosistem tanah lembap dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Tanah lembap meliputi kawasan-kawasan tanah gambut, paya bakau, sungai, tasik dan pesisiran pantai yang menjadi habitat kepada kepelbagaian spesis flora dan fauna terutamanya burung yang bermigrasi.
Di Malaysia terdapat 7 kawasan diiktiraf sebagai Tapak Ramsar iaitu Tasek Bera, Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai, Johor; Kuching Wetlands National Park, Sarawak; dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands, Sabah .
Menurut kenyataan media oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara yang meliputi aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau serta peningkatan kesedaran masyarakat akan diteruskan perlaksanaannya. Di samping itu, KeTSA juga akan melaksanakan pemasangan coastal block and eco-friendly raft pile bagi mengurangkan hakisan pantai di Tapak Ramsar Tanjung Piai, Johor.
Takiyuddin berharap dapat sokongan dan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat awam untuk bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi ekosistem tanah lembap di negara kita. Sementara itu, KeTSA menyambut baik sebarang pencalonan kawasan yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai tapak-tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa oleh Kerajaan Negeri. Antara kawasan yang berpotensi adalah seperti Kuala Gula-Matang di Perak dan Teluk Air Tawar-Kuala Muda di Pulau Pinang.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment