JENAYAH

PDRM sah sedang menyiasat Fahmi Reza

25 Januari 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengesahkan bahawa PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung posting yang dimuat naik pada 3 Januari 2022 oleh pemilik akaun facebook Fahmi Reza yang menyunting satu (1) imej seakan jata negeri Pahang dengan perkataan ‘House of Balak’.

Kata Abd Jalil dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Pada 25 januari 2022, suspek telah dipanggil ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman bagi membantu siasatan.” kata Abd Jalil.

Posting tersebut boleh diakses di pautan https://m.facebook.com/kuasasiswa/posts/4747906615244735.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published.