Home JENAYAH Kes samun pemandu grabcar : lelaki warga tempatan ditangkap
JENAYAH

Kes samun pemandu grabcar : lelaki warga tempatan ditangkap

25 Januari 2022 – Berhubung dengan kejadian samun melarikan sebuah kenderaan yang berlaku di tepi Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada tarikh 24 Januari 2022, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun semalam (25 Januari 2022).

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata bertindak atas siasatan dan risikan rapi, pada 25/01/2022 jam lebih kurang 12.00 tengah hari pihak polis telah berjaya menangkap (1) lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang terlibat dalam kes ini.

“Suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau. Pihak polis turut merampas kereta yang telah dilarikan oleh suspek dan juga beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai telah digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang milik mangsa, (1) kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

Kes telah disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa seorang pemandu grabcar berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya dengan menggunakan aplikasi In Driver. Setelah sampai ke destinasi di Sentul Pasar, mangsa telah memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar.

Namun suspek meminta akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara atas talian. Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek telah bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher mangsa. Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta milik mangsa jenis Proton Saga warna kelabu, nombor pendaftaran BPV 5859 serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang tertinggal di dalam kereta tersebut.

Mangsa dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsJENAYAHKeselamatanMY LNA

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah...

AMHighlightsJENAYAHMY LNAPengguna

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

JENAYAHLNA KANTOR

Manajemen Anti-Korupsi ISO 37001, Perbaikan Perusahaan Pelat Merah

 Judul tulisan ini bersumber dari pemberitaan KOMPAS (12 Januari 2023) terkait vonis...

AMJENAYAHMY LNA

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah...