25 Januari 2022 – Anak Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad menunjuk peningkatan hari ini.
Kata Marina dalam satu kenyataan hari ini, negawaran itu mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).
“Tun Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.
Tun Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.
Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.” kata Marina.
Tambah Marina, Tun Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain dari keluarga terdekat.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment