25 Januari 2022 – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Muhammad Faisal Abdul Aziz pada hari ini menyatakan bahawa ABIM memandang berat dapatan yang dikemukakan oleh Profesor Gregory Stanton, pengasas badan pemantau antarabangsa – Genocide Watch, berdasarkan kepada perkembangan terbaru yang berlaku di India dengan dakwaan bahawa India kini berada pada tahap kelapan daripada sepuluh peringkat genocide (penghapusan etnik).
Kata Faisal ABIM menegaskan dapatan Profesor Gregory Stanton perlu diberi perhatian kerana kajian beliau pernah memberi amaran bahawa akan berlaku penghapusan etnik membabitkan etnik Tutsi di Rwanda sebelum peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1994.
“Justeru, Majlis Keselamatan PBB dan badan dunia lain harus bertindak segera terutama pada ketika komuniti Muslim di India kini sedang berhadapan kezaliman peringkat struktural menerusi dasar-dasar diskriminasi kerajaan serta peringkat bawahan yang datang dari tindakan penganut ekstrem Hindu yang meniup api kebencian terhadap Islam hingga membawa kepada pembunuhan dan kekejaman terhadap masyarakat Muslim.
Tragedi kekejaman yang berlaku di India kini sekiranya tidak diambil serius oleh masyarakat antarabangsa, akan mencetuskan satu lagi malapetaka kemanusiaan. Ini termasuklah akan membuka pintu kebanjiran pelarian ke negara-negara serantau.”
Tambah Faisal, aAtas dasar itu, ABIM menggesa masyarakat dunia, kerajaan Malaysia dan badan antarabangsa untuk sama-sama bertindak mengecam tindakan semberono kerajaan India di bawah kepimpinan Narendra Modhi ini, yang berterusan menyebarkan kebencian terhadap agama dan kaum lain, jelas bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat bertamadun dengan budaya hidup secara damai.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment