AM

SME Bank terus bantu pelanggan terkesan akibat banjir

99

KUALA LUMPUR 19 Januari 2022 – Di bawah Program Bantuan Banjir SME Bank, 59 orang pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir diberi kemudahan penangguhan bayaran selama enam bulan yang melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM146 juta. SME Bank juga telah menyalurkan sumbangan bernilai lebih RM100,000 melalui kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Islamic Relief Malaysia (IRM).

“Tempoh tamat penangguhan bayaran untuk kesemua 59 orang usahawan PKS yang layak ini adalah pada bulan September 2022. Jumlah usahawan yang terlibat pula mungkin akan bertambah berdasarkan bilangan pelanggan yang mungkin akan terjejas sekiranya berlaku lagi bencana banjir di masa yang terdekat ini. Di samping itu, SME Bank turut memberikan pengecualian bayaran sewa melibatkan 41 unit kilang usahawan PKS di Kompleks Premis Usahawan SME Bank Shah Alam yang turut terlibat dalam bencana ini. Inisiatif pengecualian bayaran sewa yang berjumlah RM230 ribu ini adalah untuk tempoh selama dua bulan bermula Januari 2022 hingga Februari 2022. SME Bank juga turut menawarkan pelbagai bantuan pembiayaan yang bersesuaian kepada keluarga usahawan yang terkesan banjir.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Haji Omar di dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Program Bantuan Banjir SME Bank tersebut telah dibuka dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022. Oleh itu, beliau menggesa semua pelanggan SME Bank yang memerlukan bantuan disebabkan banjir untuk tampil ke hadapan dan menghubungi pihak SME Bank dengan kadar segera.

“Tindakan proaktif yang diambil oleh SME Bank dalam menghulurkan bantuan segera kepada usahawan PKS yang terkesan adalah seiring dengan amanat yang diberikan oleh Kerajaan. Kita mahu agar tiada satu pun mangsa bencana alam ini yang tertinggal daripada menerima sokongan dan bantuan agar mereka dapat kembali bangkit meneruskan perniagaan selepas bencana ini berakhir.” katanya.

Di samping itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata SME Bank juga bertindak pantas dalam membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan bagi membersihkan beberapa buah rumah termasuk rumah kakitangan SME Bank sendiri.

“Selain bantuan ini, Kelab Sukan dan Rekreasi SME Bank turut membuat kutipan barangan keperluan harian dan pakaian yang diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Wang tunai berjumlah RM100,000 tersebut telah diagihkan ke Tabung Khas Bantuan Usahawan dan Koperasi MEDAC termasuk RM20,000 untuk inisiatif yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia. SME Bank juga turut menyumbangkan barangan perlu untuk kegunaan mangsa banjir melalui program yang dilaksanakan bersama MEDAC.

Selain sumbangan wang tunai dan barangan serta menyediakan penangguhan bayaran kepada PKS dan juga pengecualian sewa kepada penyewa di Kompleks Premis Usahawan SME Bank, anak syarikat kami, Centre For Entrepreneur Development And Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut bersedia untuk menyalurkan khidmat nasihat tentang penstrukturan semula rancangan perniagaan serta lain-lain latihan pembangunan usahawan yang bersesuaian bagi membolehkan usahawan kembali beroperasi sejurus keadaan kembali pulih,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...