COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNAPelancongan @ My LNA

KJ dan Nancy komited muktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang pertengahan Februari

74

19 Januari 2022 – Satu sesi libat urus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya (MOTAC) bersama Persatuan Agensi Pelancongan (UMRAH) telah diadakan pada hari ini bagi mendapatkan maklum balas berhubung hala tuju industri umrah susulan daripada keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh KKM dan MOTAC, sesi libat urus tersebut telah dikendalikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Antara perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan umrah pada sesi perbincangan libat urus petang ini adalah SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan, perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.

Kedua-dua menteri dalam maklumbalas mereka telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang.

Khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, kedua-dua menteri komited untuk memuktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang pertengahan Februari tahun ini.” kata kenyataan tersebut.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian, wakil-wakil agensi persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Imigresesn Malaysia serta ahli-ahli daripada Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan
Umrah & Haji (PAPUH), The Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA).

Foto oleh UKK MOTAC

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...