AMPolitik @ My LNA

SPRM harus bersifat berkecuali – Gobind

69

10 Januari 2022 – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bersifat berkecuali dan meyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa jua sekiranya didapati mereka telahpun bertindak bertentangan dengan undang-undang samada mereka itu pegawai kanan ataupun tidak.

Kata Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu di dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini, SPRM mungkin dipanggil untuk membantu siasatan polis dalam kes ini.

“Bagaimanakah masyarakat boleh yakin dengan bantuan itu dimana pada awalnya SPRM sudah menyuarakan sokongan untuk sesuatu pihak yang terlibat dalam siasatan?Timbalan-timbalan ini harus sedar bahawa siasatan sedang diteruskan. Sekiranya siasatan menunjukkan wujudnya kes, adakah ketiga-tiga mereka sedia untuk meletak jawatan ataupun harus kita terima bahawa walaupun wujud sokongan terbuka ini, SPRM boleh bertindak tanpa berat sebelah didalam kes ini?Adalah juga agak menghairankan bahawa ianya dikatakan bersifat politik.Saham-saham telahpun dikenalpastikan.

Ahli Lembaga telahpun menjauhkan diri daripada sidang media Pengerusi mereka dan Suruhanjaya Sekuriti telahpun memohon butir-butir lanjut berkenaan kes ini. Ini berkenaan ketelusan dan kebertanggungjawaban, bukan politik.Rakyat ada hak untuk meminta penjelasan dan meminta supaya tindakan diambil didalam kes-kes sebegini rupa. Sepatutnya SPRM yang meminta penjelasan-penjelasan ini dan memohon supaya tindakan diambil memandangkan Seksyen 2 Akta SPRM kata dengan jelas bahawa matlamatnya adalah untuk menggalakkan integriti dan ketanggungjawapan dalam sektor awam dan swasta dengan penubuhan SPRM.” soal beliau.

Tambah Gobind, SPRM perlu meyakinkan rakyat bahawa ianya akan bertindak dengan tanpa berat sebelah dan bebas dalam perkara tersebut.

“Kenyataan daripada 3 timbalan ini menunjukkan lagi bertapa perlunya Azam tidak bertugas semasa siasatan ini. SPRM tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan dimana mereka perlu bantu siasatan semasa beliau masih Ketua SPRM dengan semua kuasa-kuasa yang ada pada dirinya menurut Akta SPRM semasa siasatan itu berlangsung. Itu bukan keadaan yang betul.”ujar Gobind.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...