Luar Bandar @ My LNA

KPLB DAN KPKT LAKSANA INISIATIF BINA BAHARU RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

78

PUTRAJAYA, 10 Jan – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, memperuntukkan RM50 juta bagi membaik pulih dan bina baharu rumah mangsa banjir di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB telah memperolehi data awal daripada peringkat daerah serta Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi membaik pulih dan bina baharu kediaman mangsa.

“Permohonan inisiatif berkenaan boleh dikemukakan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) melalui Pusat Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana seperti Giatmara, Risda dan Felcra selain melantik kontraktor tempatan bagi melaksanakan projek-projek ini.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Bangunan KPLB di sini hari ini.

Pada sidang media tersebut, KPLB dan KPKT mengumumkan menamakan Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah untuk mangsa banjir sebagai Inisiatif Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Setakat ini menurut Mahdzir, KPLB telah mengenal pasti sejumlah 1,879 unit rumah untuk dibaik pulih di kawasan yang dilanda bencana banjir di seluruh negara.

Manakala sejumlah 165 buah rumah mangsa banjir dikenal pasti mengalami kerosakan teruk dan perlu di bina baharu.

Bagi pembinaan baharu rumah jelas Mahdzir, tempoh masa yang diambil adalah antara 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

KPLB juga katanya, telah memulakan kerja-kerja pembaikan sejak Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Manakala empat buah rumah lagi dilaksanakan di daerah Mentakab dan Temerloh, di Pahang.

“Selain peruntukan membaik pulih dan bina baharu, KPLB turut menyedia peruntukan RM50 juta untuk projek ameniti sosial dengan skop baik pulih dan bina baharu kemudahan awam seperti balai raya, surau, longkang atau parit, jambatan serta titi di luar bandar.

Sementara RM50 juta lagi untuk kerja-kerja baik pulih jalan perhubungan desa yang akan dilaksanakan dalam tempoh segera di peringkat KPLB,” kata Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...