Kenyataan Media

EXPO 2020 DUBAI MERAIKAN HARI MALAYSIA

196

DUBAI, 8 Januari 2022 – Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai hari ini meraikan Hari Malaysia dengan menonjolkan pencapaian dan kemajuan negara merentasi sektor utama termasuk ekonomi, sosial, budaya, sains dan teknologi, sempena hari penghormatan yang diberikan oleh penganjur Expo 2020 Dubai kepada negara peserta.

Ia juga merupakan pencapaian 100 hari penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.

YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengetuai delegasi peringkat tertinggi Malaysia telah disambut oleh Tuan Yang Terutama Ahmed bin Ali Al Sayegh, Menteri Negeri, Emiriah Arab Bersatu.

Tema Pavilion Malaysia iaitu “Memperkasa Kemampanan (Energising Sustainability), Hari Malaysia menggambarkan komitmen negara terhadap kerjasama antarabangsa, minat mendalam terhadap isu-isu global serta penyertaan dalam dialog topik penting termasuk perubahan iklim dan kemampanan.

Menerusi pavilion karbon sifar bersih, Malaysia berhasrat untuk berkongsi kejayaan dalam mengaplikasikan rangka kerja yang berdaya tahan, rendah karbon, cekap sumber dan inklusif daripada segi sosial bagi menangani perubahan iklim dan kemampanan berpaksikan prinsip kelestarian dan kesihatan planet.

Expo 2020 Dubai yang bertemakan “Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan” (Connecting Minds, Creating the Future) telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya. Penyertaan Malaysia di ekspo  ini adalah platform penting bagi negara dan kami bangga menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini, dan bersama-sama seluruh dunia membina masa depan secara inklusif dan mampan,” kata YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim yang menyampaikan teks ucapan bagi pihak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba di upacara tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Emiriah Arab Bersatu kerana berjaya menganjurkan ekspo dunia pertama di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan walaupun berdepan cabaran COVID-19. Beliau menambah, “Malaysia memuji kepimpinan dan komitmen Emiriah Arab Bersatu dalam menyatukan ‘keluarga dunia’ kita di platform global bagi multilateralisme inklusif, dalam tujuan bersama untuk memberi inspirasi kepada penyelesaian sebenar bagi cabaran terbesar manusia.”

Meningkatkan peluang ekonomi dan memperkukuh hubungan dua hala

Expo  2020 Dubai juga telah memberikan Malaysia peluang untuk mengukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebelum ini telah mengumumkan bahawa Malaysia telah memperolehi lebih daripada RM33.9 bilion dalam potensi pulangan perdagangan dan pelaburan dalam lapan minggu pertama penyertaan di Expo 2020 Dubai.

Lanjutan daripada itu, Malaysia telah sehingga minggu ke-12 menjana RM35.2 bilion potensi pulangan perdagangan dan pelaburan. Pencapaian tersebut adalah melalui 71 Memorandum Persefahaman, Memorandum Kerjasama dan Surat Niat serta 793 petunjuk perniagaan dengan beberapa syarikat antarabangsa.

Program perniagaan mingguan anjuran Malaysia sepanjang Expo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta disokong oleh 20 kementerian lain, 70 jabatan dan agensi, lima kerajaan negeri dan 300 syarikat. Pavilion Malaysia juga telah menerima lebih 500,000 kunjungan sehingga kini. Penyertaan Malaysia di ekspo  tersebut juga mengukuhkan hubungan dua hala negara dengan Emiriah Arab Bersatu sebagai rakan perdagangan dan destinasi eksport terbesar Malaysia di kalangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Sambutan Hari Malaysia

Sambutan Hari Malaysia bermula pada sebelah pagi di Pentas Negara-Negara di mana Jalur Gemilang dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku sebelum kedua-dua pemimpin menyampaikan ucapan. Malaysia kemudiannya mempersembahkan cerminan kebudayaan Malaysia Truly Asia oleh kumpulan tarian dari Istana Budaya serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan ke Pavilion Malaysia dan Pavilion Emiriah Arab Bersatu sebagai sebahagian daripada aturcara majlis tersebut. Program diakhiri dengan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Pusat Pameran Dubai (DEC) dengan kehadiran pegawai kerajaan Emiriah Arab Bersatu, pegawai-pegawai Expo , kenamaan asing, wakil dari negara peserta dan duta-duta.

Menu cita rasa istimewa masakan Malaysia turut di bawakan khas menerusi Chef Eksekutif Malaysia Ahmad Kasdi Mohd Dahari dan Rene Johari untuk para tetamu.

Sambutan Hari Malaysia diteruskan pada hari berikutnya dengan persembahan Malaysia Truly Asia di Jubilee Park, Expo  2020 Dubai.

Malaysia merupakan antara 192 buah negara dan organisasi yang mengambil bahagian dalam Expo  2020 Dubai. Penyertaan Malaysia di ekspo  ini diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...