Home Kenyataan Media MOTAC gerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir
Kenyataan Media

MOTAC gerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir

22 Disember 2021 -Misi Bantuan Pasca Banjir yang merupakan usahasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah digerakkan di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Misi tersebut melibatkan sukarelawan di bawah MOTAC (Voluntourism), penggiat-penggiat industri pelancongan di bawah Majlis Pelancongan Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 ahli gabungan dalam kalangan persatuan hotel, agensi pelancongan, restoran, spa dan pengusaha produk pelancongan.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat berkata bahawa usaha yang diterajui oleh Majlis Pelancongan Malaysia dengan melibatkan para penggiat industri ini telah memperlihatkan kesungguhan untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam aspek tenaga kerja, sumbangan barang-barang keperluan asas serta pelbagai lagi bentuk bantuan yang dihulurkan.

Sebagai permulaan, program ini mensasarkan bantuan kepada lebih 200 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir besar di Shah Alam.

Manakala Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis menufatkan program tersebut telah memperlihatkan semangat gotong-royong dalam kalangan keluarga industri pelancongan yang disokong sepenuhnya oleh MOTAC melalui penggiat-penggiat industri bagi meringankan beban mereka yang terjejas dalam bencana banjir tersebut.

“Ia juga sejajar dengan salah satu nilai dan ciri dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu; Keterangkuman – saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga” katanya.

MOTAC dan Majlis Pelancongan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua penaja-penaja dan sokongan daripada sukarelawan dan persatuan yang terlibat, antaranya; MyBHA, MiTDA, MITA, MATIC, Amazing Hiking, Persatuan Pelancongan Selangor, TRAM, Santai Travel, Brahim’s Group, Hadramawt Kitchen, Restoran D’Tandoor serta individu yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan itu.

Foto kredit kepada UKK MOTAC

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...