Home Kenyataan Media AID 2020 Tingkatkan Kreativiti dan Sosio-Ekonomi Luar Bandar – Abdul Rahman
Kenyataan Media

AID 2020 Tingkatkan Kreativiti dan Sosio-Ekonomi Luar Bandar – Abdul Rahman

BANGI, 22 Disember 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) memberi penghargaan kepada kampung yang menjadi juara dalam Anugerah Ilham Desa 2020 (AID 2020).

Pada edisi kali ini, sebanyak enam buah kampung telah dipilih menjadi finalis pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, AID 2020 menjadi lebih menarik kerana ia mempertandingkan semula kampung yang pernah menjadi juara AID sejak tahun 2000 hingga 2015.

“Sejak program ini dimulakan pada tahun 2000 sehingga kini, sebanyak 243 kampung/projek telah menyertai di peringkat zon dan dari jumlah tersebut sebanyak  56 buah kampung/projek telah dipilih menyertai ke peringkat kebangsaan” kata beliau lagi.

“Acara kemuncak penganugerahan AID 2020 terpaksa ditunda ke tahun 2021 kerana pandemik Covid 19 yang melanda Malaysia dan dunia serta tempoh PKP yang panjang menghalang pelaksanaan AID 2020 secara sepenuhnya” ujar Abdul Rahman lagi.

Beliau juga menambah Anugerah Ilham Desa (AID) telah dimulakan pada tahun 2000, pada awalnya ia dikenali sebagai Pertandingan Idea Bernas dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Anugerah Ilham Desa (AID) pada tahun 2009.

“Bertemakan “Komuniti Kreatif, Desa Inovatif”, kampung -kampung yang menyertai pertandingan ini akan mengetengahkan projek-projek yang diilhamkan oleh penduduk kampung dengan menggunakan daya kreativiti dan inovasi mereka. Projek-projek akan dinilai menerusi kriteria penyediaan rekod pengurusan projek yang sistematik dan kemampanan projek dalam menghadapi pelbagai cabaran masa hadapan.”

“Antara projek yang dilaksanakan ialah seperti penggunaan kaedah bubu dalam kaedah penangkapan ikan di Lubuk Temiang, cenderamata dan alat muzik berasaskan buluh dan kayu di Sinisian, industri inap desa dan homestay dalam komuniti oleh Kampung Peruas dan Kampung Batu Puteh, industri perniagaan dan peruncitan komuniti berpusat di Kampung Long Bedian dan pembangunan industri agro pelancongan di sungai melalui kaedah ternakan ikan dalam sangkar di Kilim.” ujar beliau lagi.

“Projek yang dinilai paling menonjolkan daya kreativiti dan inovasi dalam projek dan yang paling membawa impak kepada keseluruhan kampung tersebut dari segi ekonomi dan sosial penduduknya akan merangkul kejuaraan kali ini” tambah beliau lagi.

Juara AID 2020 telah dirangkul oleh Kampung Peruas, Raub, Pahang yang membawa pulang hadiah wang tunai
RM 30,000 berserta sijil dan piala iringan.

Manakala tempat kedua dirangkul oleh Kampung Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan RM 10,000 berserta sijil dan piala iringan.

Tiga saguhati diberikan kepada Kampung  Kilim, Langkawi, Kedah, Kampung Sinisian, Kundasang, Sabah dan Kampung Long Bedian, Marudi, Sarawak yang dinobatkan sebagai tempat keempat hingga keenam masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 4,000, sijil dan piala iringan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...