Kenyataan Media

8 buah negeri telah terkesan akibat bencana banjir

71

PUCHONG 20 Disember 2021 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff memaklumkan bahawa sehingga 12 tengah hari, 20 Disember 2021 sebanyak 8 buah negeri telah terkesan akibat bencana banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Seramai 41,418 orang mangsa daripada 8,384 keluarga telah dipindahkan ke 405 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sebanyak 50 buah PPS telah di buka di negeri Kelantan melibatkan 6 daerah, 8 PPS di negeri Terengganu melibatkan 2 daerah, 212 PPS di negeri Pahang melibatkan 9 daerah, 11 PPS di Melaka melibatkan 3 daerah, 10 PPS di Negeri Sembilan melibatkan 4 daerah, 108 PPS di negeri Selangor melibatkan 9 daerah dan 3 PPS di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi negeri Selangor, sehingga jam 9.30 pagi hari ini terdapat 108 buah PPS telah dibuka bagi menempatkan 18,149 orang mangsa daripada 2,279 keluarga. Sebanyak 9 daerah terkesan bencana banjir di negeri ini iaitu Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Kuala Langat, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.” kata Dr. Abd Latiff di dalam sidang media yang diadakan di Pusat Kawalan Bencana Negara.

Tambah beliau, bagi operasi menyelamat di Taman Sri Muda, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan seramai 627 mangsa telah diselamatkan.

“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 437 mangsa telah dikeluarkan dari lokasi bencana. Terdapat 4 orang mangsa telah dibawa ke hospital oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Secara keseluruhan, bagi negeri Selangor, seramai 4,345 orang mangsa telah dibantu pihak agensi-agensi penyelamat untuk keluar dari lokasi banjir. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang telah diselamatkan pada hari pertama dan kedua yang tidak direkodkan.

Jumlah mangsa di Selangor yang telah berjaya diselamatkan pihak Angkatan Pertahanan Awam adalah 3,421 orang. Pihak Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjaga, dan akan sentiasa menambahbaik perkhidmatan kepada semua pihak bagi memastikan Keluarga Malaysia selamat, sejahtera dan terpelihara.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...