[VIDEO] Jawi Peranakans of Penang, usaha pulihkan industri kreatif di Pulau Pinang – Zahidi
GEORGETOWN, 19 Disember 2021– Sempena pameran Jawi Peranakan Pulau Pinang, satu perarakan konvoi 20 buah beca telah memulakan perjalanan dari Easten & Oriental, Geogetown ke Pameran Jawi Peranakan Pulau Pinang serta pasar minggu di Lebuh King dan Pameran Vintaj dan Batik Peranakan di Bangunan UAB. Ini adalah aktiviti beramah mesra bersempena dengan festival yang sedang berlangsung bermula 17 Disember hingga 26 Disember 2021.
Pameran ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai tetamu terhormat. Beliau berkata, festival ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk Industri Kreatif yang memperuntukkan sebanyak RM235 juta melalui Geran Pemulihan Industri Kreatif.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang