Home LUAR BANDAR RM4 juta diperuntukkan oleh KPLB bagi bantu mangsa banjir – Mahdzir Khalid
LUAR BANDARz10

RM4 juta diperuntukkan oleh KPLB bagi bantu mangsa banjir – Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA 19 Disember 2021 – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid pada hari ini berkata bahawa KPLB dan agensinya, memperuntukkan RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada kumpulan sasar mangsa banjir. Kata Mahdzir lapan agensi KPLB iaitu MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA, masing-masing memperuntukkan RM500 ribu bagi membantu mangsa terjejas.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan juga ketua-ketua agensi KPLB untuk mengambil tindakan segera bagi menyalurkan bantuan berbentuk bakul makanan tambahan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas.” kata beliau dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mahdzir turut menambah bahawa KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
 
Katanya KESEDAR juga telah membuka bilik gerakan banjir di Kelantan mulai 17 Disember 2021. Sejumlah 200 unit bakul makanan akan diserahkan esok kepada mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing.

Tambah Mahdzir seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan KESEDAR juga akan digerakkan bersama peralatan logistik lengkap seperti kenderaan bagi membantu mangsa banjir.
 
“Saya berharap, semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan ini, pada masa yang sama saya meminta supaya mereka sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berkaitan termasuk agensi KPLB bagi menyalurkan sebarang maklumat jika ada yang memerlukan sebarang bantuan,” ujar Mahdzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...

HighlightsLUAR BANDARMY LNAniaga

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM...

AMLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...