Home Kenyataan Media Aplikasi IN2NIAGA ke arah pendigitalan perniagaan penjaja dan peniaga kecil di Malaysia
Kenyataan Media

Aplikasi IN2NIAGA ke arah pendigitalan perniagaan penjaja dan peniaga kecil di Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 November 2021 : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah melancarkan Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga Melayu serta Platform Maya tanpa tunai IN2NIAGA untuk penjaja dan peniaga kecil seluruh Malaysia.

Menurut Menterinya Tan Sri Noh Omar menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Zamri Salleh, ia berupaya membantu peniaga dan penjaja kecil menguruskan urus niaga tanpa tunai melalui transaksi yang lebih selamat dan efisyen. Peniaga dan penjaja yang berdaftar akan dibekalkan  dengan kod QR. Aplikasi ini turut mengintegerasikan pelbagai mod pembayaran antaranya GrabPay, Boost, TnG e-wallet, Maybank QR, ShopeePay, Lazada Wallet, kad debit, kredit dan juga perbankan atas talian (FPX).

Katanya lagi, ini juga tepat pada waktunya dalam menghadapi pandemik COVID-­­­­19 bagi golongan berkenaan mengadaptasikan dan mengambil peluang untuk menggunakan teknologi digital dalam menguruskan perniagaan masing-masing.

MEDAC mensasarkan seramai 1.8 juta penjaja dan peniaga kecil akan mendaftar Kad Prihatin ini. Pengguna Kad Prihatin turut dilindungi dengan pakej perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO). Ini kerana  sebelum ini sejumlah  besar dari penjaja dan peniaga kecil tidak mempunyai skim perlindungan insurans.

Untuk permulaan, program ini akan dimulakan secara rintis membabitkan penjaja dan peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh Negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...