12 November 2021 – Kewujudan beberapa lokasi atau hotspot food truck telah menjadi sebahagian daripada landskap yang menarik untuk dikunjungi khususnya di bandar-bandar. Ini selari dengan trend di mana destinasi tumpuan orang ramai menikmati makanan tidak lagi tertumpu di premis-premis makanan yang konvensional sahaja tetapi kini food truck juga menjadi alternatif utama pilihan Keluarga Malaysia.
Maka Kementerian Perpaduan Negara melalui kempen Citarasa Keluarga Malaysia dan berkonsepkan foodunites telah melancarkan program Walkabout Santai bersama Koperasi Komuniti Food Truck Malaysia Berhad (Malaysia Food Trucks) di tapak Lapark, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam. Turut dipromosikan adalah Direktori Menu Rakyat RM5 Citarasa Keluarga Malaysia bagi pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan harga patut.
“Konsep foodunites yang diketengahkan oleh Kementerian merupakan salah satu platform penyatupaduan yang sangat dekat di hati Keluarga Malaysia. Keharmonian rakyat yang sama-sama menikmati keunikan dan kepelbagaian citarasa Keluarga Malaysia ini haruslah dikekalkan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia” jelas Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam satu kenyataan media semalam.
Di dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan 30 momento, apron, bandana dan beach flag kepada para usahawan food truck di LaPark sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada mereka yang turut sama-sama
berganding bahu mendukung aspirasi perpaduan Keluarga Malaysia.
Turut hadir bersama Menteri Perpaduan Negara pada sesi itu adalah Puan Ema Shahira Hussin, Ahli Lembaga Koperasi Komuniti Food Truck Malaysia Berhad dan Encik Mohd Izzuddin Mohd Halmi, Pengarah Urusan My Halyati Sdn. Bhd. serta barisan kepimpinan kelab, persatuan pengusaha food truck dari seluruh negara.
- Slime Miner – First Web3 Idle RPG Game is Live on Kaia Chain
- ROHM’s 2nd Generation MUS-IC Series Audio DAC Chip for Hi-Res Audio Playback with Exclusive HD Monaural Mode
- ZAGG Introduces New Screen Protectors and Cases for the Samsung Galaxy S25 Series
- DYMO Partners With GA International (LabTAG) To Offer Cryogenic Labels For DYMO Labelwriter 5 Series Printers
- Hong Kong’s Advantages Spotlighted at WEF Annual Meeting in Davos
Leave a comment