BANGI 5 Nov 2021 – Anugerah ‘Trusted Brand of The Year 2020’ bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader’s Digest, membuktikan TABIKA KEMAS setaraf tabika swasta dan juga membuktikan tenaga pengajar dan sistem pembelajaran TABIKA KEMAS diiktiraf terbaik.
“TABIKA KEMAS sekali lagi mengulangi kegemilangannya pada tahun 2017 yang lalu setelah dianugerahkan Jenama Paling dipercayai oleh rakyat Malaysia pada tahun 2020 dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak”.
Pengiktirafan ini berdasarkan undian atas talian yang dijalankan oleh pihak Reader’s Digest kepada hampir 8,000 orang responden mengenai pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS Tahun 2021 di Bangi semalam.
Tambah beliau, aspek kualiti, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kebolehpercayaan, kredibiliti, kefahaman kehendak pengguna, menjadi kriteria yang ditetapkan oleh Reader’s Digest dalam keputusan kajiannya. Katanya lagi pengiktirafan itu juga susulan pelancaran Pelan Kualiti Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS pada tahun 2018 yang menggariskan sembilan sembilan Strategi utama. Antaranya menaiktaraf premis TABIKA dan TASKA KEMAS, penambahbaikan kurikulum dan ko-kurikulum, peningkatan tahap profesionalisme guru dari aspek penggunaan Bahasa Inggeris serta meningkatkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam aktiviti pendidikan awal kanak-kanak.
Anugerah itu tambah beliau, adalah kesinambungan daripada pengenalan Program Transformasi TABIKA Berprestasi Tinggi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2016.
Sementara itu, 418 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Siji Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) KEMAS tahun ini. Seramai 6,693 orang Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS dan TASKA PERMATA KEMAS telah mengikuti kursus SPAK dari tahun 2009 hingga 2021.
- E Ink to Showcase Spectra 6 ePaper Retail Signage at NRF 2025, Highlighting Advanced Color Innovations and Environmental Benefits
- Wall Street Pepe Presale Reaches $45M Milestone for New Trading Insights Platform
- Miracle Play Set to Unveil “AI GRANPRIX,” Pioneering the Future of AI-Powered Esports in Web3
- TCL Unveils Groundbreaking Smart Home Security Innovations at CES 2025
- Infinity Financial Advisory Unveils Enhanced Digital Capabilities to Transform Client Financial Planning Experience
Leave a comment