Kenyataan Media

Ahmad Idham, Eizlan Yusof Sertai Pejabat Menteri Luar Negeri Berkuat Kuasa 1 November

353

1 November 2021- Pejabat Menteri Luar Negeri melantik u Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif, berkuatkuasa 1 November 2021.

Menterinya, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata pelantikan mereka adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan kita.

“Pelantikan ini juga untuk memaparkan nilai-nilai kepelbagaian dan kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Ujarnya, bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

Ahmad Idham telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 12 September lalu.

Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dilantik menjadi CEO baharu FINAS bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...