24 Oktober 2021- Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menjelaskan pengarah filem tersohor, Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan.
Ujarnya, pengarah tersebut adalah insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.
“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.
“Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.
“Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Jelasnya, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila ia menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya
“Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghormati, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat.
“Di situ ‘mahalnya’ sebuah karya seni apabila ia turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah,” katanya.
Halimah dan Kementerian Perpaduan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya Pengarah filem tersebut ke rahmatullah.
“Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara, dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia,” katanya.
Mamat Khalid,58, meninggal dunia lewat malam tadi,di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.
Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
- Guangdong Radio and Television Station- Shenzhen Youth Shine at COP29: A Green Declaration of Youth Responsibility
- Webroot Warns Shoppers: AI Convenience Comes with Cybercrime Risk This Holiday Season
Leave a comment