Home MY LNA Ekonomi @ My LNA Kementerian Kerja Raya Serah Surat Setuju Terima Kepada Syarikat-Syarikat
Ekonomi @ My LNA

Kementerian Kerja Raya Serah Surat Setuju Terima Kepada Syarikat-Syarikat

21 Oktober 2021- Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk merancakkan semula sektor pembinaan serta 196 rantaian bekalan (subsektor) di bawahnya.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, salah satu strategi KKR adalah dengan mempercepatkan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat-syarikat yang terpilih dalam proses Perolehan Kerajaan.

“Penyerahan SST petang ini melibatkan lima projek iaitu Projek Pusat Kawalan Penyakit Negara (National Centre for Disease Control (NCDC)) Reka & Bina, Menaiktaraf Jalan Muar – Tangkak – Segamat: Jalan Pintas Dari Kolej Matrikulasi Ke Kawasan Perindustrian Tangkak, Johor.

“Projek Membina Jalan Penghubung Di Antara Kampung Guntur Ke Langkap, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Projek Pembinaan Tapak Simulasi Bencana Bagi Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti Selangor serta Projek Pembinaan Sekolah Baharu 24 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Nangka, Marang, Terengganu,” katanya.

Ujarnya, Projek ini melibatkan naiktaraf jalan sedia ada daripada 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 25 km.

“Skop projek ini juga adalah termasuk kerja-kerja naik taraf 5 persimpangan sedia ada, membina 2 jejantas pejalan kaki beserta laluan motosikal dan membina 2 buah jambatan baharu.

“Penyiapan projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT54 ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik dan meningkatkan tahap keselamatan pemanduan pengguna jalan raya,” katanya.

Majlis Penyerahan SST dan penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mempertingkat kualiti kehidupan PPR bukan dengan melambak pembinaan rumah kos rendah

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Rumah seharusnya adalah sebagai tempat kediaman yang...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN laksanakan dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga

KUALA LUMPUR, 9 November 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN tambah Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Labuan

BEAUFORT, 5 November 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...