20 Oktober 2021- Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) menjadi punca kuasa dan rujukan kepada hal ehwal kebudayaaan pada masa hadapan merangkumi aspek kesenian, kebudayaan dan warisan yang lebih fokus dan komprehensif.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri berkata terdapat tujuh teras utama yang disasarkan di bawah DAKEN 2021 berkaitan pelaksanaan seni, budaya dan warisan pada masa hadapan.
“Tujuh teras ini meliputi budaya nilai tinggi, keharmonian masyarakat, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya, pembangunan dan pengembangan budaya, pemerkasaan budaya dan penjanaan ekonomi kebudayaan serta kecemerlangan budaya.
“Pelaksanaan DAKEN melibatkan empat institusi penting iaitu institusi kekeluargaan, institusi pendidikan, institusi kemasyarakatan dan institusi perkhidmatan,” katanya dalam Majlis Pelancaran DAKEN di Dewan Okestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada Rabu.
Ujarnya, DAKEN merupakan gagasan yang menyokong wawasan kemakmuran bersama ke arah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu dengan menampilkan identiti dan keperibadian kebangsaan.
“Dasar ini juga menjadikan prinsip-prinsip dan objektif Rukun Negara sebagai ideologi untuk menyeragamkan kefahaman semua rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan dengan jiwa patriotik.
“Dasar ini perlu dimiliki, dihayati dan didokong oleh semua pihak supaya aspek seni, budaya dan warisan negara terus terpelihara, disanjungi dan lestari,” katanya.
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
- BAKE Cheese Tart Returns to Singapore: A Freshly Baked Delight from Hokkaido
Leave a comment