Human Interest

Kisah Ah Chong

Demi sesuap nasi… Seorang lelaki menolak kereta sorong yang di penuhi timbunan kotak – kotak kosong untuk di jual bagi mendapatkan wang ringgit demi meneruskan kehidupan.

Dia yang kebiasaannya menjalankan rutin harian dengan mencari barangan terpakai tanpa mengira masa untuk di jual di sekitar kawasan Ampang.

Tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang dia terpaksa menggunakan kudrat nya untuk mengusung kereta sorong di penuhi kotak untuk di jual.

Dia yang di kenali sebagai Ah Chong menjual barangan terpakai tersebut dengan pendapatan yang tidak seberapa dan adakala nya sebanyak RM 10 Ringgit hingga 20 Ringgit sehari.

Cabaran bagi dirinya dalam musim Pandemik Covid -19 dia akan terus mencari barangan terpakai seperti kotak,tin,besi aluminium dan botol untuk di jual sebagai sumber kehidupan di tengah ibukota.

Pix : Azlan Hadi Abu Bakar
(Human Interest)

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *