Ekonomi @ My LNA

PKP: Sektor Teruk Terjejas Adalah Sektor Tidak Dibenar Beroperasi

72

12 Oktober 2021 – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong menjelaskan sektor industri yang paling terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 adalah sektor-sektor yang tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh pelaksanaan PKP tersebu.

Menjawab soalan yang disoal oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, beliau menyatakan Sektor-sektor yang menyumbang kepada penurunan ini adalah sektor-sektor yang tidak dibenarkan beroperasi iaitu kelengkapan pengangkutan & pembuatan lain; mineral bukan logam, logam asas & logam yang direka; kayu, perabot, keluaran kertas & percetakan; serta tekstil, pakaian, kulit & kasut.

“Penurunan output pengeluaran tersebut adalah sejajar dengan penutupan sektor-sektor tersebut sepanjang PKP di mana kebenaran hanya diberikan untuk meletakkan mesin dalam keadaan siap siaga(warm idle) iaitu bagi sektor automotif, besi dan keluli, simen, seramik dan kaca.

“Data daripada Jabatan Statistik Malaysia (DoSM) bagi Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) bagi sektor Pembuatan menunjukkan penurunan 0.2 peratus pada bulan Jun 2021 setelah mencatatkan pertumbuhan 29.8 peratus pada bulan Mei 2021,” katanya.

Ujarnya, statistik yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa impak terbesar ke atas sektor pembuatan adalah bagi sub-sektor yang hanya dibenarkan beroperasi pada kadar siap siaga 10 peratus serta sektor yang langsung tidak dibenarkan beroperasi.

Bagi menjawab soalan kedua, Ban Hong berkata Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Nasional (PPN) telah menetapkan indikator jumlah kes harian baharu dan kadar vaksinasi bagi kebenaran pembukaan semula sektor ekonomi.

“Dalam membantu menyegerakan pembukaan sub-sektor pembuatan yang masih belum dapat beroperasi di bawah fasa 1 PPN khususnya, Kerajaan telah membenarkan syarikat yang mencapai kadar vaksinasi lengkap pekerja sekurang-kurangnya 40 peratus untuk beroperasi pada tahap kapasiti tertentu.

Kadar vaksinasi lengkap pekerja sebanyak 80% – 100%, kadar pengoperasian (peratusan kapasiti pekerja) juga 100% manakala 60%-79% adalah sebanyak serta 40%-59% adalah sebanyak 60%.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...