Kenyataan Media

Malaysia Iktiraf Hak Asasi Manusia, Tangani Perubahan Iklim

188

12 Oktober 2021- Malaysia mengiktiraf pendirian akses ke persekitaran yang selamat, bersih, sihat, dan lestari merupakan hak asasi manusia yang perlu dilindungi dan dipromosikan melalui penajaan resolusi di Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kata Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Ujarnya, Malaysia turut menaja satu lagi resolusi MHAM yang mewujudkan jawatan Pelapor Khusus (Special Rapporteur) dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia secara global dalam konteks perubahan iklim.

“Malaysia menyedari bahawa kemerosotan alam sekitar, perubahan iklim dan pembangunan yang tidak mampan merupakan antara ancaman-ancaman yang paling mendesak dan serius terhadap kemampuan generasi sekarang dan masa hadapan untuk menikmati hak asasi manusia, termasuk hak untuk hidup, serta hak ke atas kesihatan, pembangunan, perumahan, air dan makanan.

“Keutamaan yang diberikan oleh Malaysia dalam menangani isu perubahan iklim merupakan sebahagian dari janji negara bagi pencalonannya ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk penggal 2022-2024, pada pilihanraya yang akan diadakan di New York pada 14 Oktober 2021,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, memandangkan Malaysia telah mengetengahkan komitmen untuk memelihara kelestarian planet dan beraspirasi menjadi negara neutral karbon menjelang 2050, keutamaan akan diberikan ke atas pembangunan sosio-ekonomi yang rendah karbon dan berdaya tahan, serta pemuliharaan sumber asli dan ekosistem.

“Malaysia berhasrat untuk memainkan peranannya dalam melaksanakan hak asasi yang baru diperakui tersebut. Ini termasuklah melalui pembangunan kapasiti dalam usaha melindungi alam sekitar dan memperkenalkan dasar yang bersesuaian bagi mempertahankan biodiversiti dan ekosistem, selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

“Malaysia bertekad akan bekerjasama dengan negara-negara lain, organisasi antarabangsa dan serantau, masyarakat sivil, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), para akademik, dan sektor korporat ke arah mencapai masa depan yang lebih terjamin bagi generasi akan datang,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...