10 Oktober 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Penggiat Industri Pelancongan yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata MOTAC mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Penggiat Industri Pelancongan yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
Usaha yang dilakukan oleh MOTAC ini diharapkan dapat merancakkan semula aktiviti yang melibatkan keseluruhan rantaian dalam sektor pelancongan, seni dan budaya.
“Selain bantuan kewangan, MOTAC turut melaksanakan beberapa inisiatif berbentuk bukan kewangan kepada syarikat dan pemandu pelancong berlesen.
“Antaranya adalah pengecualian bayaran fi lesen, diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40%, pelanjutan tempoh bayaran kompaun, pengecualian kompaun kepada mereka yang gagal memperbaharui lesen yang mana semua inisiatif ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
MOTAC juga berharap agar segala bentuk bantuan yang diberikan ini dapat membantu kelangsungan hidup penggiat industri seterusnya dapat kembali pulih sebaik saja dibenarkan beroperasi oleh pihak Kerajaan kelak.
Untuk rekod, sebelum ini sebanyak empat segmen pelancongan yang di kawal selia oleh MOTAC iaitu Pemandu Pelancong, Pengusahaan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta SPA dan Pusat Urut Kaki telah menerima manfaat melalui bantuan kewangan dan bukan kewangan yang diberikan secara berfasa.
Leave a comment