Seni & Hiburan

Jaga Dirimu Taruhan Terbaru Rudy Zil

Penyanyi muda tempatan Sabah, Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul ‘ Jaga Dirimu ‘ ciptaan & lirik olehnya.

Rudy Zil pernah meriliskan beberapa buah single pada tahun 2014 sebelum ini dan telah mendaftarkan hakcipta lagu – lagu tersebut kepada syarikat Luncai Emas.

“Alhamdulillah , saya merupakan salah seorang peserta bengkel itu . Dengan menerusi bengkel yang dianjurkan di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah ketika itu , saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini untuk ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas.

“Selepas 10 tahun , lagu terbaru dari Saya bertajuk ” JAGA DIRIMU ” ditulis sepenuhnya oleh saya telah siap sepenuhnya. Lagu yang mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesan tetap jaga diri dengan baik. Lagu yang saya tulis sudah agak lama sejak 2011 namun liriknya baru siap pada tahun 2021,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, Lagu ini di produce oleh Benn’s Studio (Ben Simon Bukag), yang mengambil masa 4 bulan untuk siap akibat keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang silih bersambung.

“‘Susunan muzik dibuat agak lambat kerana faktor PKP. Setelah demo (guide) siap pada April 2021, saya mulakan latihan sendiri di rumah. Pada bulan Mei, proses voicing berlangsung setengah hari, dan mastering lagu mengambil masa selama seminggu.

“Berkat Luncai Emas lagu-lagu saya mula berkumandang di siaran digital yang membawa kepada pendengar-pendengar baru di Sabah mahupun seluruh Malaysia untuk menikmati karya-karya saya. Luncai Emas juga membuka mata saya tentang pentingnya hakcipta sesebuah karya itu harus dijaga,” katanya.

Single ini bakal berada di semua saluran digital & youtube Luncai Emas mulai 16 Julai ini . Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes.