1 Oktober 2021- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan dana sebanyak RM3,227,200 di bawah Dana Penyelidikan Strategik (Strategic Research Fund) untuk membiayai projek genome surveillance virus SARS-CoV-2 yang merupakan virus penyebab penyakit COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata projek ini dijangka menjujuk 3,000 genom virus SARS- CoV-2 yang amat penting dan strategik untuk mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 terutamanya variant of concern (VOC) seperti varian Delta serta juga variant of interest (VOI) seperti varian Lambda dan Mu.
“Tambahan dana sebanyak RM13.9 juta kepada konsortium merangkumi 7 makmal di bawah MOSTI, Kementerian Kesihatan dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
“Konsortium ini berperanan untuk memudah cara kerjasama dan menjana hasil-hasil penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit virus SARS-CoV-2, seterusnya memangkinkan pembangunan vaksin tempatan.
“kapasiti ujian telah berjaya ditingkatkan sebanyak lima kali ganda, dengan jumlah ujian bagi ketujuh-tujuh makmal tersebut melebihi 1,000 ujian genom sebulan (berbanding dengan 200 sebulan sebelum ini dan dijangka sebanyak 10,000 penjujukan tambahan genom virus SARS-CoV- 2 akan dapat dicapai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, sejumlah 1,312 sampel telah dianalisis oleh konsortium berkenaan dan ini telah meningkatkan jumlah genom yang telah dimuat naik ke GISAID kepada 3,009 setakat 31 September 2021.
“Sebanyak 1,246 sampel atau 94.9% dikenal pasti sebagai varian jenis delta, 11 sampel adalah varian beta dan 55 dari varian yang lain. Sampel- sampel ini dipilih oleh pihak KKM dan diambil dari kesemua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“MOSTI akan terus menerajui bidang penyelidikan dan pembangunan genom dan vaksin bagi menyokong teras menjamin keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment