Luar Negara @ My LNA

Republik Rakyat China Sumbang 1 Juta Dos Vaksin Sinovac

72

29 September 2021- Penasihat Negara dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China (RRC), Tuan Yang Terutama Wang Yi menyumbangkan satu juta dos vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) tambahan kepada Malaysia atas dasar persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara dan sesama rakyat.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah bagi pihak Kerajaan Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan RRC atas sumbangan terbaru ini.

“Kedua-dua Menteri Luar Negeri menyatakan komitmen berterusan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

“Selain mengukuhkan lagi hubung dua hala yang sedia erat dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, Malaysia dan RRC akan terus mengembangkan kerjasama dua hala ke bidang baru, terutama dalam teknologi dan industri baru, misalnya ekonomi digital dan keselamatan siber, untuk manfaat bersama demi kedua-dua rakyat kita.

“Kedua-dua Menteri telah juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terkini di Laut China Selatan,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Ujarnya, RRC, melalui saluran kerajaan dan entiti swasta, telah menunjukkan solidariti dengan Malaysia melalui sumbangan bekalan peralatan perubatan seperti topeng muka, peralatan pelindung diri (PPE) dan ventilator, selain menghantar sepasukan pakar kesihatan dari Guangzhou untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam rawatan pesakit dan pengurusan data.

“Malaysia juga telah menyumbang wang tunai sebanyak USD satu (1) juta, 18 juta sarung tangan getah dan 15 tan barang makanan ke RRC semasa wabak mula menular di Wuhan.

“Kedua-dua Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dalam Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dalam Era Pasca-COVID-19 masing-masing pada 18 November 2020 dan 1 April 2021,” ujarnya.

Sebelum ini, Kerajaan RRC pada bulan Julai 2021 yang lalu telah menyumbangkan 500,000 dos vaksin Sinovac untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNALuar Negara @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kita dan Baitulmaqdis

Oleh: Rusli Abdul Roni Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang...

BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNALuar Negara @ My LNA

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Ekonomi @ My LNALuar Negara @ My LNA

Nilai bantuan bina baharu dan baik pulih Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) dinaikkan

KUALA LUMPUR, 12 Sepember 2022 – Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar...