28 September 2021- Filem Kampung Latah Kena Kuarantin terbitan Megapine (M) Sdn. Bhd. telah meraih kutipan melebihi RM1 juta menerusi tayangan di platform Astro First sejak 9 September 2021.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ) merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.
“Filem Kampung Latah Kena Kuarantin yang merupakan hasil karya Pengarah Azizi Adnan dan Penerbit Hazil Izham Ismail ini telah diterbitkan menerusi penyaluran dana Kerajaan melalui FINAS di bawah peruntukan Dana Program TV/OTT FINAS dengan kerjasama Astro.
“Kejayaan filem Kampung Latah Kena Kuarantin ini merupakan penanda aras bagi filemyang dihasilkan di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT sekaligus berupaya menjadi pemangkin dan nilai tambah kepada pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran,” katanya.
Sehubungan itu,FINAS berharap agar inisiatif dan kerjasama strategik dengan Astro ini akan terus membuka peluang kepada penerbit untuk menghasilkan karya filem yang berdaya cipta tinggi serta menjana pendapatan melalui pemilikan hak cipta kandungan.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang