PUTRAJAYA 26 SEPTEMBER 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa rancangan televisyen baharu bertajuk INKLUSIF akan muncuk mulai malam esok di mana ia bakal menampilkan temu bual dengan para Menteri Kabinet.
Menurut KKMM di dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, rancangan tersebut adalah untuk mengetengahkan fungsi, peranan dan pelbagai inisiatif Kerajaan yang bekerja bersama-sama Keluarga Malaysia demi memangkin semula kekuatan ekonomi, sosial, kesihatan dan politik negara.
“INKLUSIF juga memberi peluang kepada penonton untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai isu-isu berkaitan Kementerian yang menjadi topik hangat perbincangan semasa.
Rancangan pertama esok akan menampilkan Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu YB Dato’ Seri Azmin Ali dengan topik ‘Mencerdaskan Semula Ekonomi Secara Pragmatik.’
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment