24 September- “Saya mengambil maklum penahanan seorang pengasuh wanita yang dituduh atas cubaan membunuh bayi berusia tujuh bulan dengan menghempas kepalanya sehingga tidak sedarkan diri” tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Ujarnya, Insiden seperti ini boleh menjejaskan sedikit sebanyak kepercayaan golongan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke rumah pengasuh mahupun pusat penjagaan harian.
“saya amat kesal dengan situasi yang berlaku dan meminta pihak berkuasa agar menjalankan siasatan yang sewajarnya, lebih- lebih lagi dalam ke ada sektor-sektor pekerjaan sudah mula dibuka secara berfasa, ditambah pula dengan kebenaran pengoperasian semula pusat-pusat penjagaan harian kanak-kanak dan TASKA.
“Saya telah mengarahkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengambil intervensi yang bersesuaian terhadap bayi dan keluarga demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan bayi serta keluarga terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan pengasuhan TASKA di rumah, agar mendapatkan khidmat pengasuhan yang berdaftar dengan JKM.
“Ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu, masyarakat awam boleh segera membuat laporan kepada pihak berkuasa PDRM ataupun Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes kes penderaan kanak-kanak.
Masyarakat awam juga boleh membuat laporan di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan di seluruh negara.
Sumber foto : Facebook rasmi Menteri KPWKM
- E Ink to Showcase Spectra 6 ePaper Retail Signage at NRF 2025, Highlighting Advanced Color Innovations and Environmental Benefits
- Wall Street Pepe Presale Reaches $45M Milestone for New Trading Insights Platform
- Miracle Play Set to Unveil “AI GRANPRIX,” Pioneering the Future of AI-Powered Esports in Web3
- TCL Unveils Groundbreaking Smart Home Security Innovations at CES 2025
- Infinity Financial Advisory Unveils Enhanced Digital Capabilities to Transform Client Financial Planning Experience
Leave a comment