Kenyataan Media

800 Peluang Pekerjaan Dukung Dasar Ekonomi Digital – Azmin Ali

73

22 September 2021 – Microsoft komited untuk mendukung dasar ekonomi digital Malaysia dan menyegerakan transformasi digital di sektor awam dan swasta kata Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelasnya, dijangkakan 800 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan sederhana dalam ekosistem digital ekonomi akan dapat diwujudkan menerusi pembukaan pusat data di Sedenak.

“Pelaburan ini telah mendorong keputusan Microsoft untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM4.2 bilion di bawah inisiatif Bersama Malaysia bagi menubuhkan tiga pusat data bermula di Cyberjaya yang akan memperkasakan kemahiran digital dan teknologi untuk satu juta warga Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

“Meskipun berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang mencabar, Malaysia masih kekal kompetitif dan berdaya saing dalam menarik pelaburan ke dalam negara. Kerajaan yakin bahawa kedudukan Malaysia yang strategik, persekitaran perniagaan dan ekosistem yang kondusif, serta inisiatif-inisiatif strategik berkaitan pelaburan akan terus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih di rantau ini,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.

Ujarnya, keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih juga telah memberikan impak positif kepada prestasi perdagangan negara.

” Eksport berkembang 25.9% kepada RM682.9 bilion dan import meningkat 21.6% kepada RM554.17
bilion. Lebihan dagangan melonjak sebanyak 48.8% kepada RM128.74 bilion.

“Peningkatan eksport ini didorong oleh pemulihan ekonomi global serta permintaan luar yang semakin meningkat di mana ianya dapat dilihat dengan kenaikan bagi hampir kesemua eksport barangan terutamanya E&E,
keluaran getah, keluaran petroleum, barangan perkilangan logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...