KUALA LUMPUR 21 September 2021 – “Saya ingin jelaskan masih tiada negara luar yang mengiktiraf kerajaan sementara Taliban ujar Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah.
Jelasnya, Kerajaan terus melaksanakan Dasar Luar Negeri yang bebas, berprinsip dan pragmatik, berasaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan.
“Kementerian Luar Negeri terus meneliti perkembangan- perkembangan terkini di Aghanistan.
“Negara-negara jiran dekat sekeliling Afghanistan juga tidak mengiktiraf mereka seperti Malaysia, negara-negara tersebut juga sedang meneliti perkembangan di Afghanistan,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.
Tegasnya, peranan wanita dalam pentadbiran berdasarkan kepentingan bukan sahaja daripada sudut penjagaan dan promosi hak-hak wanita dan anak-anak perempuan (women and girls, dengan izin), tetapi juga daripada aspek peranan dan sumbangan mereka kepada sesebuah masyarakat dan negara.
“Malaysia percaya aspek-aspek inclusivity, dengan izin, amat penting bagi tujuan mencapai keamanan dan kestabilan berkekalan agar setiap lapisan masyarakat Afghanistan dapat mengecapi keamanan, kestabilan serta kemajuan dan kemakmuran,” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang