HIGHLIGHTS Parlimen

Kerajaan Salur USD100 Ribu Bantu Afghanistan

21 September 2021- Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Saifuddin Abdullah menjelaskan Kerajaan bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan sebanyak USD 100 Ribu kepada Afghanistan.

Jelasnya, ia berikutan melihat kepada isu kemanusiaan yang semakin meruncing di Afghanistan.

“Malaysia akan terus menggunakan platform antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan dan pendirian kita mengenai masa depan Afghanistan.

“Sumbangan ini akan disalurkan melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bagi memastikan bantuan ini sampai kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.

Menteri Luar Negeri itu turut menjelaskan, secara keseluruhannya, negara- negara anggota OIC telah bersetuju untuk memberi sokongan penuh terhadap usaha perdamaian secara komprehensif dan berkekalan di Afghanistan.

“OIC juga sedang memberi tumpuan kepada penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan,” katanya.