KUALA LUMPUR 21 September 2021 – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa bagi proses ratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi Malaysia, ia memerlukan pindaan dibuat ke atas tiga (3) Akta di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang berkaitan Hak Harta Intelek (IPR) iaitu Akta Paten (Patent), Akta Hak Cipta (Copyright) dan Akta Cap Dagang (Trademark).
“Ini adalah bagi memastikan Akta-Akta tersebut sejajar dengan obligasi negara di bawah Perjanjian tersebut. Dalam hal ini, MITI telah dimaklumkan oleh pihak KPDNHEP bahawa draf pindaan Akta-Akta tersebut sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara dan memberi jaminan ianya akan dibentang untuk perbahasan di Parlimen pada Disember tahun ini.” jelas Azmin.
Kata Ahli Parlimen Gombak itu ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Bintulu di Dewan Rakyat hari ini RCEP akan berkuatkuasa 60 hari setelah sekurang-kurangnya enam (6) negara anggota ASEAN dan tiga (3) Negara Rakan FTA ASEAN menyerahkan surat cara ratifikasi atau instrument of ratification kepada Sekretariat ASEAN. Tambahnya sehingga kini, negara-negara yang telah meratifikasi Perjanjian tersebut adalah Singapura, China dan Jepun.
“Myanmar pula telah menghantar surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN, manakala Thailand telah melengkapkan proses ratifikasi domestik dan akan menghantar surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN pada hujung tahun ini.
Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-53 pada 9 September 2021, negara-negara anggota ASEAN telah mensasarkan tarikh kuatkuasa Perjanjian RCEP pada 1 Januari 2022. Negara-negara seperti Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Vietnam telah memaklumkan hasrat untuk melengkapkan proses ratifikasi domestik menjelang November 2021. Malaysia pula memberikan komitmen untuk melengkapkan proses ratifikasi pada pertengahan Disember tahun ini.” jelas Azmin.
Kata Azmin lagi, sekiranya Malaysia lewat meratifikasi Perjanjian ini, negara akan ketinggalan dalam menikmati faedah dan layanan keutamaan (preferrential treatment) seperti yang terkandung dalam RCEP. Antara manfaat yang dapat dinikmati sekiranya Malaysia meratifikasi Perjanjian tersebut adalah pengurangan tarif ke atas barangan eksport, akses pasaran perdagangan perkhidmatan, pergerakan pekerja profesional dan berkemahiran tinggi serta peluang meningkatkan aktiviti pelaburan di kalangan negara-negara anggota RCEP.
“Selain daripada pengurangan tarif ke atas barangan eksport, negara anggota RCEP juga komited untuk mengurangkan halangan-halangan bukan tarif atau dengan izin, non-tariff measures (NTMs) melalui penyelarasan tatacara import dan eksport bagi memudah cara pergerakan barangan rentas sempadan, termasuklah menyesuai serta menerimapakai standard atau piawaian industri setiap negara-negara anggota (harmonisation of rules and standards).
RCEP melalui Bab Standard, Peraturan Teknikal dan Prosedur Penilaian Pematuhan atau Standards, Technical Regulations and Conformity Assessment Procedures (STRACAP) misalnya, telah menekankan keperluan mengadakan kerjasama antara badan-badan piawaian negara anggota, serta perbincangan di peringkat teknikal untuk memastikan piawaian dan standard industri negara masing-masing tidak menjadi penghalang atau meningkatkan kos barangan yang dieksport.” ujar Azmin.
- Unveiling TechEdge Dynamics, The Growth Studio for Consistent Business Success
- ALCO HOLDINGS (00328) announce the launch of four strategic mechanisms to foster employee collaboration and enhance team cohesion.
- SIBUR receives highest-category ESG rating from China’s largest rating agency
- GC Ranked No. 1 in DJSI Chemicals Business Sector for Six Consecutive Years, Becoming the First and Only Company Worldwide to Achieve This, Reaffirming Its role as a Global Model For Sustainability
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
Leave a comment