Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Konsep Keluarga Malaysia, Rakyat Main Peranan

266

18 September 2021- Rukun Negara harus menjadi tonggak konsep Keluarga Malaysia supaya akan ada perimeter yang jelas dan tidak akan dapat dikelirukan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Jelasnya, kerajaan akan mengeluarkan satu dokumen merangkakan falsafah KELUARGA MALAYSIA supaya ada satu konsep yang lebih teratur dan fahaman yang betul dapat dilaksanakan.

“Kita perlu jelaskan dalam bentuk yang jelas. KELUARGA MALAYSIA adalah satu terma yang begitu mudah tapi mempunyai makna yang amat luas.

“Ianya memerlukan penjelasan supaya ada satu kerangka untuk menghuraikan konsep KELUARGA MALAYSIA.

“Kita harus ada garis-garis kasar untuk diterjemahkan sama ada di dalam bilik darjah atau sebuah kampung,” katanya menerusi Twitter Spaces di @Bernamadotcom pada 17 September 2021.

Ujarnya, setiap rakyat mempunyai peranan yang perlu dimainkan untuk menjayakan pelaksanaan konsep KELUARGA MALAYSIA untuk diaplikasikan di dalam pengurusan negara.

“Setiap keluarga perlu ada rukun hidup berkeluarga dan kelima-lima tonggak Rukun Negara harus menjadi “pillar” kepada konsep KELUARGA MALAYSIA.

“Kalau kita perhatikan , rakyat keluarga ini adalah rakyat dari sebuah sosio budaya yang sangat tinggi, dari sejarah gemilang, dan kita rata rata berasal dari Timur dan ada nilai yang baik dan kesemua ini membentuk satu latar belakang dan sifat rakyat yang baik.

“Rakyat mahu tengok perkara yang baik selagi ianya membawa kepada kebajikan dan keharmonian, apa lagi sekiranya ianya diperkenalkan oleh kerajaan , disusun dengan teratur dan nilai-nilai ini akan membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *