15 September 2021 – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Mohd Shafiq Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya dalam usaha membendung penyakit Thalassaemia.
Jelasnya, kempen ‘NowyouSEEme 2021’ telah menjadi pemangkin kesedaran kepada harapan pesakit Thalassaemia untuk lebih diambil peduli oleh segenap lapisan masyarakat.
“Individu yang telah disahkan memiliki baka Thalassaemia melalui ujian saringan dan pengesahan, perlu bersikap lebih terbuka dalam menyatakan sejarah kesihatan anda kepada bakal pasangan hidup anda.
“kerjasama pelbagai pihak seperti ini wajar diteruskan dalam usaha menyampaikan maklumat dan meningkatkan literasi orang awam khususnya murid sekolah tentang penyakit Thalassaemia serta kepentingan mengetahui status Thalassaemia masing-masing,” katanya dalam Majlis Penganugerahan dan Penutup Kempen Kesedaran Thalassaemia 2021 atau lebih dikenali sebagai Kempen ‘NowyouSEEme 2021’.
Mengulas lanjut, Pesakit Thalassemia major memerlukan peruntukan kira-kira RM3 juta seorang bagi rawatan selama 30 tahun.
“Memandangkan kos rawatan yang tinggi, usaha pencegahan penyakit Thalassaemia mesti dilaksanakan bagi memastikan bilangan pesakit Thalassaemia baharu berkurangan.
“Program Saringan Thalassaemia yang dilaksanakan di sekolah dalam kalangan murid Tingkatan 4 membolehkan murid mengetahui status Thalassaemia mereka,” jelasnya.
Turut hadir program secara dalam talian ini adalah Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengarah REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited, Mr Pablo Ortola Martinez.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment