Ekonomi @ My LNA

MARA Pahang Peruntuk RM4.108 juta Bantu Usahawan Terjejas – Abdul Rahman

173

11 September 2021 – Kerajaan hari ini komited dalam membantu usahawan yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 menerusi pelbagai inisiatif di bawah pakej PEMERKASA dan PEMULIH.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata menerusi agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelbagai inisiatif merangkumi moratorium, pengecualian sewa premis, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

“Bagi penyerahan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) dalam Negeri Pahang, sebanyak RM 1.175 juta telah diluluskan di bawah program S3P kepada 34 usahawan dan sebanyak RM 600 ribu diperuntukkan kepada 22 usahawan di bawah program DanaNITA”, ujar Abdul Rahman menerusi kenyataan media.

Beliau menambah, bagi moratorium pembiayaan perniagaan MARA di Negeri Pahang, seramai 428 usahawan akan menerima moratorium pembiayaan perniagaan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.66 juta secara keseluruhan.

“Manakala bagi insentif pengecualian sewa dan diskaun sewa 30%, seramai 473 orang penyewa semasa akan menerima manfaat dan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 733 ribu.

Beliau hari ini melakukan tinjauan di premis perniagaan MARA serta berkesempatan melaksanakan penyerahan surat moratorium pembiayaan perniagaan MARA dan surat pengecualian sewa dan diskaun sewa 30% MARA dibawah PEMERKASA.

Selain itu, beliau turut menyerahkan bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNITA).

Tinjauan ini juga bagi membolehkan beliau bersemuka dengan usahawan-usahawan bumiputera, bagi mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan skim-skim bantuan anjuran MARA semasa pandemik Covid-19 ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...