Kenyataan Media

Kelonggaran SOP Fasa 1 : MOTAC sambut baik pengumuman PM

57

8 September 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik Pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri berkaitan kelonggaran SOP Fasa 1 untuk para penggiat Industri Kreatif untuk menjalankan aktiviti. Menurut MOTAC Kelonggaran yang akan bermula pada 9 September 2021 ini dapat memberi sinar kepada penggiat industri seni dan budaya yang terkesan sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19 sejak awal tahun lalu.

“Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, pihak MOTAC telah melakukan pelbagai inisiatif pemberian bantuan kepada penggiat industri seni dan budaya yang terjejas. Sebagai contoh, pada tahun 2020, MOTAC telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM 2.213 juta kepada 217 buah badan bukan kerajaan bagi tujuan penyemarakkan industri seni, budaya dan warisan.

MOTAC juga melaksanakan pemberian bantuan bagi menjaga kebajikan penggiat seni dan budaya melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS). Antara yang mendapat manfaat tabung ini ialah para penghibur, penyanyi, pelakon dan pelawak.” kata MOTAC dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah MOTAC, pihaknya juga telah berusaha memohon kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan persembahan buskers diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih sebagai usaha membantu penggiat-penggiat seni yang terkesan.

“Akhirnya, pihak kerajaan telah bersetuju membenarkan persembahan muzik secara solo/duet di beberapa Pusat Vaksinasi yang terpilih. Usaha ini memberi peluang kepada penggiat seni muzik memperolehi semula sumber pendapatan bagi kelangsungan hidup mereka dan sedikit sebanyak mampu memberi ruang dan peluang
kepada Persatuan-persatuan Buskers dalam meneruskan kesinambungan warisan seni budaya ketika berada dalam situasi yang sukar ini.” ujar MOTAC.

Terdapat enam (6) lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega yang terpilih iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), World Trade Centre (WTC), Setia City Convention Centre (SCCC), The Mines dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC). Semua pemuzik/busker ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) persembahan sedia ada serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Melalui pelaksanaan ini, seramai 3348 orang pemuzik/busker telah mendapat manfaat daripada program ini dengan sejumlah bantuan sebanyak RM642,000.00.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...