PETALING JAYA : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan dalam membuat keputusan berkenaan Hutan Simpan Kekal serta menyentuh isu alam sekitar dan perubahan iklim, ia harus dibuat menerusi mandat dari Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu sebagai mekanismeke bertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat.
Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pindaan undang-undang dan polisi perlu dibuat segera supaya pemusatan kuasa kepada Menteri Besar dapat dikurangkan dalam membuat keputusan berkenaan status hutan simpan serta perkara melibatkan isu perubahan iklim dan alam sekitar.
“Perlu dipertegaskan bahawa aktiviti pembalakan yang berleluasa dan penebangan hutan tanpa kawalan adalah punca utama berlakunya perubahan iklim. Situasi bencana banjir besar yang sering berlaku berulang kali di luar jangkaan adalah antara kesan yang berlaku berpunca dari perubahan iklim.
“Hutan wajib dipertahankan malah dibanyakkan lagi kawasan hutan simpan sekiranya kerajaan semasa benar-benar serius menangani isu perubahan iklim dan cuaca ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, ABIM menegaskan, pembukaan kawasan hutan tersebut akan memburukkan lagi krisis iklim terutamanya dalam meningkatkan jumlah karbon dalam negara.
“Memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan hutan tanah gambut, ia berperanan besar untuk menyimpan jumlah karbon yang banyak dan secara tidak langsung membantu mengurangkan jumlah karbon semasa,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment