Kenyataan Media

KPI 100: KPN Peruntuk RM12.4 Juta Bantu Masyarakat India

182

5 September 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperuntukkan sebanyak RM12.4 juta di bawah program Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi menyediakan 73,883 kotak makanan yang dapat memanfaatkan 73,883 keluarga masyakarat India B40 di seluruh negara khususnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program bantuan kepada masyarakat India B40 ini merupakan salah satu fokus di bawah KPI 100 di samping program-program lain yang melibatkan gerak kerja agen-agen perpaduan termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skuad Unity, Tabika Perpaduan dan Friend of Unity atau NGO Perpaduan.

“KPI 100 memfokuskan kepada program touch point yang dapat memberi impak secara terus kepada masyarakat, di samping menggerakkan program pengukuhan perpaduan rakyat.

“Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan untuk membantu rakyat yang dalam kesulitan tanpa mengira kaum dan agama. Inilah salah satu aspek yang perlu ditekankan dalam sebuah Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, KPN memberi fokus kepada perancangan dan pemantapan agen-agen perpaduan melalui penggubalan dasar dan pelan Tindakan. Maka sekarang tiba masa ke fasa pelaksanaan.

“Kita turun padang bertemu rakyat dan pastikan agen-agen perpaduan diperkukuhkan supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...