Perpaduan SEMASA

Laungan “Merdeka” Meriahkan PPV Bangi Avenue

2 September – Menyedari akan hakikat Malaysia masih berada dalam situasi pandemik Covid-19, sambutan hari kebangsaan yang pada lazimnya disambut meriah di seluruh negara kini diraikan dalam kesederhanaan tetapi penuh dengan semangat patriotik.

LNA berkesempatan meninjau sambutan hari kebangsaan yang diraikan oleh barisan hadapan kesihatan serta sukarelawan yang bertugas di Pusat Pemberian Baksin Bangi Avenue, Bandar Baru Bangi hari ini l, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-64.

Semua petugas dah sukarelawan yang bertugas disini dilihat mengenakan pakaian tradisi berbilang kaum di Malaysia selain pakaian yang bertemakan warna bendera Jalur Gemilang sebagai usaha untuk menghangatkan sambutan hari kemerdekaan negara.

Ketua Pusat Pemberian Vaksin Bangi Avenue, Dr. Mahani Pardan yang ditemui media memberitahu idea untuk mengenakan pakaian tradisi yang bertemakan Malaysia dan Hari Kebangsaan itu datang dari petugas di PPV tersebut dengan niat untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan yang disambut hari ini.

Mereka juga turut melaungkan kata keramat ‘MERDEKA’ sebanyak 3 kali sebagai simbolik kepada sambutan kemerdekaan negara.

Rata-rata petugas yang ditemui berkongsi kegembiraan dan melahirkan rasa syukur walaupun terpaksa mengorbankan masa untuk bertugas bagi mengendalikan proses pemberian vaksin kepada orang ramai yang telah menerima janji temu serta yang datang secara terus

Sementara itu , menurut Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin Bangi Avenue, Puan Hasfazilah Hassan, sehingga 30/8/21, PPV tersebut telah berjaya memberikan dos lengkap vaksinasi kepada 117292 orang penerima.

Beliau juga turut menyeru rakyat Malaysia yang masih belum mendapatkan janji temu di aplikasi MySejahtera agar hadir terus ke PPV tersebut bagi mendapatkan vaksinasi segera.

Wartawan : Sharil
Juruvideo / Penerbit : Azuddin