Kenyataan Media

Pemerkasaan Luar Bandar Agenda Mahadzir Khalid

151

31 Ogos – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid hari ini akan menjadikan pemerkasaan masyarakat luar bandar sebagai salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media sejurus tiba di KPLB bagi mengimbas perakam waktu.
Mahadzir berkata pengalaman di sepanjang karier politik beliau akan dijadikan sebagai bekalan untuk saya memastikan segala agenda tersebut tercapai selain demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya.
“Saya juga beriltizam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti demi memastikan negara kita terus bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha kita menangani pandemik Covid-19 dan juga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.
“Dengan rasa rendah diri, saya memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan negara kita berjaya bangkit dan pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang dalam tempoh masa terdekat”, ujar Mahadzir lagi.
Sementara itu, KPLB menerusi kenyataan media turut mengalu-alukan perlantikan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad sebagai Timbalan Menteri I dan juga YB Datuk Haji Hasbi Habibollah sebagai Timbalan Menteri II yang baharu.

“Warga KPLB akan terus kekal komited dan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada pimpinan YB Menteri, YB Timbalan Menteri I dan YB Timbalan Menteri II dalam melaksanakan inisiatif membangun dan memajukan luar bandar untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar sejajar dengan Visi, Misi dan Motto Luar Bandar Sejahtera.

KPLB berharap dengan perlantikan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 serta memastikan Pelan Pemulihan Negara dan gagasan “Keluarga Malaysia”.

“Kementerian turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu YB Datuk Dr . Abd. Latiff Ahmad dan Timbalan Menteri II iaitu Dato Henry Sum Agong atas perkhidmatan dan sumbangan di kementerian ini”, ujar KPLB lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...