AM

MOSTI Fokus Hasilkan Vaksin Untuk Malaysia – Adham Baba

137

31 Ogos – Malaysia dijangka menghasilkan vaksin sendiri selaras dengan kepakaran negara dalam bidang biologi molekul, genomik dan teknologi, serta mampu mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksinnya sendiri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, R&D vaksin akan menjadi salah satu agenda utama MOSTI dalam memacu sains, teknologi dan inovasi (STI) supaya negara mempunyai keupayaan untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi tujuan kesihatan dan keselamatan ekonomi (health and economic securities).

Adham berkata demikian setelah mengadakan lawatan pertama beliau ke Solution Biologics Sdn. Bhd di Taman Teknologi Malaysia setelah mengangkat sumpah jawatan Menteri Kabinet di Istana Negara.

Beliau sebelum itu mendengar taklimat berkenaan Kementerian dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah.

SolBio merupakan anak syarikat Solution Group Berhad sebelum ini telah menandatangani perjanjian produk pukal kepada produk siap bersama CanSino Biologics Inc. dari China untuk pembekalan vaksin Recombinant Ad5-nCoV, juga dikenali sebagai Convidecia.

Pihak CanSino turut membekalkan bahan farmaseutikal aktif untuk pengisian dan pembotolan (fill and finish) kepada SolBio sebagai produk siap vaksin untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Malaysia mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang biologi molekul, genomik dan teknologi, serta mampu mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksinnya sendiri”, ujar Adham lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah meminta MOSTI untuk memfokuskan kepada pengeluaran vaksin bagi membolehkan negara menghadapi ancaman Covid-19.

Adham menambah MOSTI dijangka akan memainkan peranan yang lebih agresif termasuklah dalam penyediaan infrastruktur yang berkesan serta mengeratkan kerjasama antara industri dan penyelidikan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti di Malaysia.”

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...