PETALING JAYA: Satu insiden kebakaran telah berlaku melibatkan kabin menara komunikasi di Menara Felda Seberang Tayor, Kemaman Terengganu.
Menerusi satu kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini, punca kebakaran di kabin menara komunikasi berkenaan masih dalam siasatan dan kebakaran tersebut telah memusnahkan semua peralatan di dalam kabin, bahagian dalam kabin dan bekalan elektrik di menara berkenaan namun tidak melibatkan struktur menara sedia ada.
“Semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut telah mengambil langkah sementara dengan menggerakkan Mobile Communication Vehicle (MCV) dan Portable Base Transceiver Station (pBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan
sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya, yang dijangkakan selewat-lewatnya Isnin depan.
“Kerosakan peralatan pada menara ini juga mengakibatkan gangguan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di
Felda Air Puteh, Lubuk Lesong, Kg. Paman, Ladang Boustead, Kg. Pasir Gajah, Kg. Lubuk Lesung, Kg. Pasir Semut, Kg. Tebak dan Kg. Teladas,” katanya.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5.58 petang pada hari Isnin 30 Ogos 2021 lalu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Desabina
Industries Sdn Bhd yang digunakan oleh pihak Celcom, Digi, Maxis dan UMobile.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment